Home

News

The goodd, the badddd, and the Bukit Bintang Pyrate Punx

No Comments Uncategorized

1)Apa yg mencetuskan korg nak buat BBPP dan kenapa?


Apiz:tujuan BBPP ditubuhkan adalah utk memberi ruang dan peluang kepada anak2 punk jalanan mengekspresikan pandangan dan idea dan juga meng edukasi anak2 punk apa itu punk. Dan menubuhkan satu kolektif utk menggerakkan idea2 yg sependapat dan juga merialisasi idea secara sepakat.

2)apakah misi bbpp dlm masa terdekat ni?

Apiz: masih lagi dengan misi yg sama iaitu mengedukasi masyarakat dengan cara diskusi,gig,talk melalui mesej yg nak di sampaikan. Dan merapat lagi jurang2 antara scene yg lain.

Izzy: buat waktu terdekat ni,misi utama BBPP adalah mengumpul dana untuk membeli/memiliki peralatan show atau mungkin venue sendiri,menambah baik kualiti show sekurangnya pada tahap standard yang memuaskan.Pengumpulan dana ni adalah ongoing process sejak dari 3 tahun lepas.

Pyrate Punx family

3)mesej apa yg dpt dibawakan utk individu berganding bahu bersama bbpp?

Apiz:kebersamaan,muafakat dan tiada kasta di antara satu sama lain.

Izzy: Iaitu,semua tujuan dapat kita capai dengan kata sepakat jika semua bekerjasama,meskipun di kalangan kami sendiri mempunyai perbezaan pendapat,tapi kami tetap punya common interest.Jadi sesiapa yang ingin terlibat dengan BBPP sekurangnya perlu bekorban sedikit masa dan tenaga untuk melunaskan tanggungjawab.Tak Boleh buat? Tiada masaalah,boleh beredar tanpa merumitkan keadaan.

4) apakah show bbpp yg paling memorable bg korg?

Apiz: Bg saya show libertasia kerana berjaya mengeratkan lagi silaturahim antara scene.(pandangan peribadi)

libertasia 2018

Izzy: libertasia 2018 (rimba terkutok) &The Erections


Ha tahun lepas tak pergi?? Ni da tau tarikh awl2 apply cuti cepat!!

5)apakah aktiviti bbpp.? Berapa kerap acara ini berlansung.?? Kenapa tahun ni acara wajib seperti insult fest dan cash from chaos takde?

Cash From Chaos 2018

Apiz:activity BBPP lebih tertumpu kepada show/gig dan riadah bersama alam sambil berdiskusi.Events Insult fest dan cash from chaos akan cuba di anjurkan hujung tahun.
Nantikan update dr kami melalui page kami atau crew2 kami.

Izzy: Aktiviti bbpp adalah tersangat luas dan tiada batasan,selagi ianya fun,sedikit merbahaya dan mendatangkan kepuasan.Antara aktiviti utama adalah mengorganize show utk memperkasa dana,di dalam kubikel mahupun outdoor,pengumpulan dana untuk derma pada yang memerlukan seperti mangsa kebakaran,anak yatim dan sebagainya.Dan antara acara wajib mingguan BBPP adalah aktiviti riadah dan santai di pergunungan,sungai-sungai dan laut.

6) apakah persepsi korg terhadap geng2 bru yg nak join melepak dgn bbpp?

Apiz: BBPP sgt2 berbesar hati jika teman2 baru dtg lepak bersama di samping itu lebih menerima dan dapat memahami tentang BBPP.

Izzy: Kami terbuka untuk semua,WALAUBAGAIMANAPUN,memandangkan BBPP menjadi target mudah anak-anak muda punk/hardcore ingin melepak kerana keterbukaan kami,ada beberapa garis panduan keselamatan yang kami terapkan antara kami demi keharmonian semua.Pastinya kami tidak mengalukan individual yang rasis,seksis dan fasis.Bagaimanapun kami juga fleksible; dalam hal ini,BERMAKSUD kami keras tapi bukan menghukum ,lebih kepada edukasi.Kerana bukan semua anak muda bernasib baik dan mempunyai tahap prmbelajaran dan iq yang sama seperti orang (baca : punk)lain,mereka perlukan pendedahan.Terus menghukum dan mengasingkan tanpa edukasi tidak akan membuahkan apa-apa.

7)apakah perancangan bbpp untuk masa depan?


Apiz: perancangan BBPP di masa hadapan adalah mempelbagaikan aktiviti, terlibat secara langsung/tidak langsung aktiviti sukarela di samping memberi mesej yg jelas apa itu Pyrate Punx itu sendiri.

Izzy: seperti disebut diatas,kalau boleh untuk mempunyai venue sendiri atau sekurangnya peralatan show sendiri demi menjamin kepuasan show yang maksimal.Pyrate Punx is all about organizing and connections in the first place,baru kemudian datang kehendak yang lain.Kami sudah melangkah kedepan dengan baik ada pelan 2018 lalu ,kami akan melangkah lebih kemas untuk pelan tahun 2019 dan seterusnya .

Apakah yg show dinantikan selain Libertasia utk tahun ni?


Apiz: insults fest dan cash from chaos (nantikan update dr kami)

Izzy: Buat masa ini kami lebih bereksperimentasi dengan Libertasia dari show yang lain,sepertinya belum ada pelan yang mantap dan kata sepakat untuk selain dari Libertasia tahub ini,bagaimanapun kami setuju satu show yang berkualiti lebih bagus dari berpuluh show yang tiada kualiti,maka perlahan-lahanlah mencapai tujuan,yang pasti Libertasia bukanlah satu-satunya acara kami yang mapan,yang utama,iya.Semuanya masih dalam perancangan.

9) Senaraikan Band2 yg terlibat secara aktif dlm acara bbpp?


PP: antara band2 yg terlibat secara aktif ialah Berantakan,No Security, Penyangak, Terssalahh, Munkyman Syndicate, Sickboyz, Media Skeptic dan beberapa band lagi.

10) kata terakhir utk pembaca2 semua


Apiz:punk bukan perosak.santai2 aja.

Izzy: kata-kata akhir kami ; Tak kenal maka tak benci.Untuk membenci secara total marilah merapat dan berkenalan,sekurangnya kebencian anda ada basis kukuh supaya tidak kelihatan seperti pengupas bawang professional.HAHAHAHAHA…maksud kami..kami mempunyai sejarah betapa BBPP ditakuti dan dijauhi orang-orang,tetapi apabila sudah mula merapat…tahulah kalian akan kami hanya seperti anda semua (cuma sedikit gila,mungkin).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Our Facebook Page to get new a update!